Saturday, November 14, 2009
.....Home Sick......
Posted by Fathiah at 8:21 PM 0 comments
Friday, November 13, 2009
.....Episod 179..... - Parut yang pernah menjadi dendam -

Like birds , let us leave behind what we dont need to carry , pains , sorrows , grudges,fears. Always fly light , life is so beautiful ! :)
' Kronologi ' perjalanan hidup saya ( eceh mana nye kronologi je :P ) di bumi kinanah ni banyak sangat yang manis . Manis sesangat . Tapi itu sekarang . Permulaannya sangat pahit . Teraniaya , teruji , fitnah ... banyak lagi . Yang penting , fitnah yang saya terima dari bangsa arab yang duduk atas bumi kinanah ni yang paling melukakan jiwa saya . Semenjak dari hari tu , luka yang masih belum sembuh waktu tu mungkin menjadikan saya org yang paling membenci mesir dan orang2nya . Luka yang beransur pulih masih ada lagi parutnya . Tetapi parut yang ada, tersimpan dendam paling dahsyat pada mereka ....
' Fatya , cmana nak improve bahasa arab mcm awk , amiah ni susah lah ,bila laaa kita dapat bebual mcm awk ' . Saya sendiri rasa ajib dengan cepatnya perkembangan amiah saya yang kadangkala membuat org2 mesir confuse ngan kearaban saya . Ditambah dengan niqab arab yang saya pakai , mmg tak boleh nak beza kan . Jawapan saya pada soalan tersebut mudah je , ' bergaullah dengan diorang , ramah2kan diri , listen n learn ' . Saya cuba untuk tidak mengingati kenapa saya bertungkus lumus dan bermati2an cuba untuk menjadi seperti mereka , dari segi bahasa dan penampilan ... kerana hati saya akan sangat sakit . Fikiran saya akan laju mengingati peristiwa tu , jiwa saya akan cepat meresap infi'al dendam tu semula ....
Saya cuba , cuba dan cuba hirup udara sabar dan maaf sepanjang pengajian saya bersama masyayikh , lebih2 lagi kelas syeikh yusuf dan ust rohim .... biar parut yang dulu pernah menjadi dendam , mampu membuat saya tersenyum dan mengalirkan airmata kerana rasa syukur dapat merasa keindahan mesir dan 'ulama nya sebelum sempat lidah saya memberi hukuman mati kepada keberkatan yang ada di sini .....
Dan parut itu ...walau masih kekal ada .. ia kini mampu membuat saya tersenyum bersyukur dengan perjalanan ni .....
Posted by Fathiah at 3:19 PM 0 comments
Thursday, November 12, 2009
Sunday, November 8, 2009
.....Episod 178..... - Aku + Busy = ? -
Semenjak dua menjak ni , bila aku aktif sikit2 dengan aktiviti ziarah beit yang aku selalu buat sendirian berhad , ramai sesangat orang yang tanya ke manakah aku pergi ? dah lama diorang tak nampak muka aku merayau2 macam wakil rakyat bila time election . Jawapan aku simple jek , " besa laa... dah bukak skola kan , korang ingat aku banyak sangat time nak gi pusing2 madinah nasr kee ?! " Tapi aku tau je kalau ramai yang tak puas hati ngan jawapan aku , aku kasi korang tengok gambar lah eh k . wlwpun tk bnyk , tapi mencukupi untuk bantu aku xplain kebuzyan aku nih . ( Sesiapa rajin , boleh kot tolong aku selesaikan masaalah maths kat atas tu , Aku - busy = Wakil rakyat . Busy + Aku = Huru hara . Aku + busy = Senyap , Aku x Busy = .......??~!!)
Susunan gambo dr bawah senanya ..
Last sekali...~ Kalau aku betul2 lah ade free time , memang aku gi umah budak kicik ni yang diberi nama Mustanir Aniq ( nama asal die syeikh usamah al azhari kasi mustanir arfan , tapi mak ayah die tuko ) untuk babysit . Walaupun mak dia dah kata tak payah , kengkadang aku insist jugak nak mai rumah die yang aku panggil syari' kilab kerana banyaknya anjing berkeliaran dan memakan masa hampir 20 minit utk sampai dr uma aku hanya semata2 untuk nengok dan tatap puas2 muka die yang cute dan dukung die sampai tertidur... kelenguhan yang memuaskan :D .
Aku sibuk gak ngan kelas khat aku yang seminggu 4 kali . Aniway ni tulisan khat farsi . Lam banyak2 khat yg aku kene blaja , tangan aku ngan otak aku ni tak pernah nye harmoni bila disuruh tulis khat ni .. Adeih , pulak tu aku blaja khat ni seminggu 3 kali ... ( tima kasih kepada khat farsi kerana mengaktifkan kembali migraine aku )
Selain cbuk ke kuliah yang semestinya wajib aku hadiri walau ribut taufan melanda fikiran aku ni , aku sibuk gak ulang alik masjid Azhar . Penat kuliah and khat aku hilang serta merta lepas kaki aku jejak lantai masjid ni... betol.. aku tk tipu ...
First day kuliah . First maddah fiqh ( Maddah paling aku favourite dr tadika sampai skang ni ) . First time gak aku bukak kitab mu'tamad tuh bab mu'amalat . First time blaja fiqh hanafi . First time jugak aku dapat dukturah yang paling laaa sonok sesangat . Sangat pun tak sonok mcm tu .


Rasanya , kebizian ni akan berlangsung sehingga tk pasti bila ..... jadi harap faham kalau korg tak nampak lagi muka aku kat jendela uma korang . Kalau korang tk faham jugak yang aku ni busy , cuba dtg uma , insya Allah ahli beit aku semua orang xde kat rumah ...
Winter dah datang ..... aku tengah siap sedia ngan tentera panadol flu aku... Doakan~...
Posted by Fathiah at 11:06 PM 0 comments
Wednesday, November 4, 2009
......Episod 177....... - Bulan dan Bintang tetap masih di langit -
Catatan 5 september
Syari’danshawaya masih lagi sama . Mustasyfa sahil masih lagi penuh dan sesak dengan insan2 yg ingin berubat . Pokok2 juga cantik dihiasi bunga2 . Tak ada suatu apa pun yang berubah . Syari’gisrul bahr masih lagi berbau ,dengan najis kuda dan hanyir bau ikan . Cuma sahaja Amu di matám Madinah yang sering menyajikan tokmiah sukhnah nya itu sudah tidak kelihatan , maklumlah bulan puasa kan . Yang berubah di syari’syubro hanya satu , ketiadaan syeikh redha.
Perjalanan ke syubro sentiasa diiringi perasaan tak sabar dan senyuman di bibir . Perjalanannya juga bak kata orang pejam celik pejam celik dah pun sampai . Kenangan menaiki tremco dan metro sambil memegang quran dan pensil di tangan kerana homework qiraat yang tak habis2 lagi hanya mampu menjadi kenangan . Kerana ianya takkan berulang kembali . Berlainan dengan perjalanan sebulan yang lalu. Perjalanan yang langkahnya seolah2 tak diredhai oleh kaki ini untuk sampai ke sana . Perjalanan yang diiringi airmata dan esakan tangis yang masih lagi berbaki sehingga hari ini .
Setelah hampir sebulan aku tidak menziarahi keluarga syeikh , tadi aku pergi juga . Terima kasih kepada ust ahmad , ust yan n ust eqbal yang sewakan kereta dan tak lupa untuk mengajak aku untuk sama2 menziarahi . Perjalanan tadi pagi terasa saangat lama . Entahlah kenapa .. mungkin kerana dah lama tak ke syubro atau aku sahaja yang perasan lama...“ Awak ... kita takut laa wak nak gi jumpa syeikh ni .. kita tak tau kenapa tapi kita takut sangat “ Kata idah .. cuba untuk mentafsirkan perasaannya . Aku sendiri sebenarnya agak bercelaru . Sedaya upaya aku cuba untuk pujuk diri ini . Aku tak mampu nak menangis lagi sebab kalau aku nangis.. idah apa lagi.. heh .
Kata Mama ( isteri syeikh ) “ Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu , datanglah bila2 masa sahaja . Tapi jangan bawa apa2 buah tangan untuk kami . Sebab antum semua anak2 mama . Syeikh kata semua pelajar singapura dan Malaysia anak2 syeikh , jadi antum anak aku “ . Seketika itu juga aku tak mampu lagi nak membendung airmata ini . Kata mama lagi dengan suara yang tersekat2 kerana menahan tangisnya “ Syeikh meninggal mengejut , kami tak sangka , sebab syeikh Cuma sakit2 biasa , sakit kat tulang belakang katanya “ .
Gambar syeikh masih ada lagi di situ . kitab2 nya juga ada , sijil keluaran al azhar nya juga masih terpampang di dinding , yang tiada hanya sosok tubuhnya , senyumannya , doanya , nasihatnya , suaranya . Yang tergantung hanya rangka2 hanger , jubahnya sudah tiada , kasut barunya juga tiada . Nak atau tidak , aku perlu terima hakikat... syeikh dah tak ada .
Sesungguhnya dia datang dari Allah dan dia dah kembali bertemu denganNYA . Semoga rohnya dirahmati Allah Azza wajalla.
Aku perlu teruskan talaqqi qiraat ni .. walaupun syeikh sudah tiada ... Sampai jumpa lagi syeikh :’)
Entah bila lagi aku akan jejakkan kaki inike syubra....
Posted by Fathiah at 1:38 PM 0 comments
Thursday, October 29, 2009
The Martyr of IIUM
Obaidah Alqudsi, a Palestinain artist, known among his friends for his beautiful voice and lovely character. 2 days ago, Obaidah passed away in an Israeli hospital, after being held as an injured prisoner. On 26th August, Obaidah was heading to the Abraham Mosque in the Old City of Hebron. While walking to the mosque, Israeli soldiers shot him 4 explosive bullets; two in the abdomen and two in his legs.
Obaidah, the peaceful soul was murdered in the street with cold blood. Ambulance vehicles were banned from attending to his bleeding body for 30 minutes. Seeing him bleeding didn’t satisfy their evil lust for blood, hence, they beat his body mecilessly. After a while, he was arrested and sent to an Israeli hospital in occupied Jerusalem. Ever since Obaidah was under their custody, he was in a comma. Obaidah spent about 3 weeks in the Israeli hospital; and his family was not allowed to visit him till the last day of his life!
On the morning of the 13th of September, Obaidah’s soul departed to its creator seeking his ultimate justice. Hasbunallahu wa ne’mal wakeel.
Obaidah will always be remembered among his family and friends for his sweet voice and lovely smile. His poetry and Nasheed will always be celebrated by Palestinians, Muslims and all free people of the world as true words of wisdom and honor.
Synopsis about the martyr:
Obaidah Maher Abdul Mu’ti Alqudsi Dwaik.
Born in 1984 in Hebron city-Palestine for a respected family, his father is a well known ustaz and businessman.
Obaidah started his education as early as 5 years in the kindergarten of the Islamic Youth Society. He later joined the Al-Shar’iyah School of the Islamic Charitable Organization. He completed his school education in 2002 with an excellent score of 84 %.
He later joined the International Islamic University Malaysia where he earned a bachelor degree in Communications and Journalism.
During his presence at the International Islamic University Malaysia, Obaidah was one of the active students in cocurricular activities and was always a forerunner in working for any Ummatic issue. Obaidah was elected into the main board of Al-Aqsa friends’ Society in 2003 to serve for one year as one of its most active members. And from the year 2004 till 2007 he led the famous Al-Aqsa Nasheed Group in IIUM.
In 2008 he returned to his hometown in Palestine to live with his family and run his father’s business. He got engaged few months later and arranged for his wedding to be held right after eid alfitri. Unfortunately, the crinminal Zionist soldiers didn’t let his family celebrate this eid happily nor let Obaidah’s fiancée enjoy her future with him!
Posted by Fathiah at 4:28 PM 0 comments




